Home HOME | Tips Lifestyle | Foto Blog | Tips Money | Enter-tainment | Bookmark (Ctrl+D)





Malaysia Web Hosting

[ Put your ads here! Click Here! ]





A Cup of Love



Need a cup of love?

Petaling Jaya, 19 June 2009 – 8TV dengan bangganya mempersembahkan drama terbaru kami A Cup of Love yang akan memulakan siaran setiap Ahad jam 8.30 malam bermula 5 Julai 2009 ini.

Drama bersiri sebanyak 15 episod ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal antaranya Duncan (Yito), Hishiko (Kopi Ais), John Wee (Li Chang Jun), Rickman (Dragon-L), Adrian (Di Di), Kay (Yiki), Chris (Gu Dai Ren), Cheryl (Yan En), Yoon (Samantha) dan Sammi (Tiffany).

Drama ini juga diserikan lagi dengan kemunculan istimewa beberapa selebriti terkenal iaitu Milk (Penyanyi terkenal dari Taiwan), Orange (Pengacara HoChak) dan  Pei Pei (Pengacara).

A Cup of Love ini dibawakan khas oleh XOX Sdn. Bhd. Sebuah syarikat telekomunikasi terkenal manakala lokasi penggambaran ditaja oleh Fairy’s Garden. Classic Coffee and Beverages Sdn. Bhd juga turut bekerjasama menaja barangan set dan props di lokasi penggambaran.

Drama ini turut diserikan lagi dengan sebuah lagu tema yang dinyanyikan oleh John Wee dan Cheryl Lee (Pengacara 8Style dan I Wanna Be A Model).

 “Ini merupakan sebuah lagi drama yang menampilkan idola-idola yang cukup berbakat. A Cup of Love merupakan sebuah drama yang cukup dekat dengan masyarakat yang mengisahkan perniagaan sebuah Kafe dan kehidupan mereka yang bekerja di situ,” ujar Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.

 “Saya percaya dengan penampilan artis-artis terkenal ini, semua peminat-peminat industri hiburan Cina akan terhibur untuk menonton drama bersiri ini!” tambah Izham lagi.

A Cup Of Love ialah sebuah siri drama yang tentang sebuah kafe’ bernama ‘Cup of Love’ atau juga dekenali sebagai Ti Amero (Aku masih cintakan kau) dalam bahasa Perancis.  Pemilik ‘Cup Of Love’, Gu Dai Ren membuat keputusan untuk mengambil beberapa pekerja yang berpotensi untuk memajukan perniagaan  ‘Cup of Love’ yang tidak kurang mendapat sambutan sejak pembukaan café itu.

Antara pekerja-pekarjanya termasuk seorang pengurus motivasi, Li Chang Jun yang cukup gemar berlawak, Dragon L dan Yito, anak muda yang datang daripada keluarga yang berada.

Pada suatu hari, Yito terserempak dengan kekasih zaman kanak-kanaknya, Kopi Ais, seorang gadis yang bijak dan manis di sebuah pusat beli-belah ketika sedang memberi kopi percuma kepada pengunjung. Yito sudah lama bermimpi untuk berbalik semula Kopi Ais tetapi perasaan ego telah menghalang Yito.

Satu kejutan berlaku kepada Yito apabila Kopi Ais diambil bekerja di kafe’ yang sama. Dengan perasaan gembira Yito menerima kehadirannya di Kafe itu. Bagaimanapun konflik mula tercetus apabila Kopi Ais lebih berminat untuk mendampingi Li Chang Jun.

Selain daripada itu, Dragon L, yang juga seorang ‘playboy’ nampaknya sering menarik ramai gadis untuk mengunjungi Kafe itu tetapi tidak pernah berjumpa dengan wanita yang berjaya menarik perhatiannya namun segalanya berubah apabila  Yiki (adik kepada Yito) yang sungguh comel dan baik hati datang ke kafe’ tersebut.

Drama ini menjadi lebih menarik apabila seorang lagi pelayan menyertai kafe’ itu dan mencipta lebih banyak drama. Di Di, seorang pemain violin berbakat yang cukup berahsia tentang latar belakang keluarganya dipaksa oleh ibunya untuk berkerja di di kafe berkenaan. Oleh sebab latar belakang Di Di yang pelik, dia muncul sebagai hero dalam diam dalam beberapa kejadian sepanjang siri ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton ‘Cup of Love’ bermula 5 Julai 2009, jam 8.30 malam hanya di saluran 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran Astro 708.

Kini, anda boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my dengan menggunakan telefon bimbit anda!

  • No related posts


  • This entry was posted on Friday, June 26th, 2009 at 6:15 pm and is filed under TV. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Leave a Reply










    My Few.Net
    proudly hosted & sponsored
    by SERVER FREAK